Pra-Tempahan Kutipan Luar Negara

Pickup@International - Kutipan di premis pengirim di mana-mana negara dengan pra-tempahan dalam tempoh 48 Jam sebelum masa kutipan. Anda dinasihatkan untuk menyemak kesemua item yang dicadangkan untuk kutipan mengikut peraturan-peraturan negara import dan negara pengeksport termasuk penyediaan invoice pembelian barangan atau sebarang dokumen yang berkaitan untuk pengurusan perlepasan cukai nanti. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh menghantar maklumat awal kepada pihak kami bagi menguruskan kutipan terus di luar negara melalui platform perjalanan kurier di dunia.