Perkhidmatan Serahan Tingkap

Perkhidmatan Serahan Tingkap adalah perkhidmatan serahan melalui wakil-wakil yang dilantik secara sah di Bandar Indera Mahkota untuk menerima barangan serta item pelanggannya termasuk pelajar-pelajar serta warga Bandar Indera Mahkota. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pelanggan perlu mendaftar dahulu: e-Daftar.


  • Non-Register - Pelanggan yang tidak mendaftar sebagai pengguna laman sesawang UniStorage Bandar Indera Mahkota;
  • Register - Pelanggan mendaftar di laman sesawang UniStorage Bandar Indera Mahkota;
  • Pre-Alert 2 - Pesanan Pemberitahuan Notifikasi kali-2 kepada pelanggan, sekiranya pelanggan tidak menuntut item selama 7 hari bekerja;
  • Pre-Alert 3 - Pesanan Pemberitahuan Notifikasi kali-3 kepada pelanggan, sekiranya pelanggan tidak menuntut item selama 14 hari bekerja;
  • Pejabat Surat Mati (DLO) - Pejabat ini memproses item-item yang gagal diserah / Tidak Dituntut dan lain-lain sebab kegagalan serahan kepada Return-to-Sender. Sekiranya, pengirim enggan menerimanya atau gagal membayar kos penghantaran semula, maka item ini dianggap sebagai item Pejabat Surat Mati (DLO). Walaubagaimanapun, dalam proses 31 hari, pengirim atau penerima item boleh menuntut semula item tersebut dengan mengajukan permohonan melalui Contact us.


Bagi pelanggan berdaftar, boleh menggunakan perkhidmatan serahan 'Cash-on-Delivery' (COD) bagi mana-mana wakil serahan kepada Penerimaan Serahan Tingkap UniStorage Bandar Indera Mahkota dengan syarat:-

  1. Pelanggan perlu menyediakan bayaran item (COD) yang mencukupi kepada kaunter UniStorage sehari awal sebelum serahan dilakukan kepada pihak UniStorage;
  2. Caj bayaran tambahan dikenakan sebanyak RM2.00 setiap item yang diterima;
  3. Pemberitahuan Pesanan Notifikasi akan dimaklumkan kepada pelanggan sekiranya item berjaya diterima oleh pihak UniStorage, dan pelanggan boleh mengambilnya di kaunter UniStorage;